Sunday, June 12, 2011

Kuzi Kepala kambing

Istimewa hari minggu. Jiran bermurah hati bagi kami 2 ketul kepala kambing, perut kitab dan tembusu.Terlebih rajin...kami masak kuzi. Lagipun rempah kuzi dari Kelantan masih ada lagi.
Seperti biasa resepinya minta tolong dengan Pak cik Google.
rebus dulu dgn daun pandan dan daun pudina utk hilangkan hamis.
Sedap ratah atau makan dgn roti.

Monday, May 23, 2011

Rendang jering bersama kerang

Memang sedap rendang jering ala Minang. Tambah sedap dicampur kerang.
Bahan-bahan :
Jering mesti tua. kalau muda, rasa pahit tak sedap.
Santan
Lengkuas
Halia
Kunyit
Buah Keras
Daun Salam
Bawang Merah
Kerang
garam gula secukup rasa
asam keping
Cara :
Rendam jering semalaman. Rebus sampai empuk. Ketuk sekadar pecah-pecah.
Giling halia, kunyit, lengkuas dan bawang. Campur bersama santan,asam keping. masukkan jering rebus.
Bila hampir pecah minyak masukan buah keras, daun salam dan kerang. Perisakan dgn garam gula.
Sedap dimakan bersama nasi panas.

Monday, May 2, 2011

makan macam macam

3 hari bercuti, tekak ni telan macam macam. petai, jering mesti makan. makan nasi tanpa petai jering umpama tidur tanpa bantal ;-)
kat klate dan pahang, kami cuma kenal jering rebus.make dgn nyior parut. perghhh.
kat KL ni, bila makan masakan Minang, macam tak sah kalau tak de rendang jengkol. oooooh, sodapnya.
aktiviti memasak rendang jering campur kerang mengambil masa hampir sehari suntuk. Cik yan yg bertungkus lumus masak, melur jasmin makan je.
gambar pun lupa nak 'tangkap'. makan tak hingat.
susahnya mencari jering tua sekarang. mahal pula tu.

Friday, April 15, 2011

Kek Baldu lagi


Hari minggu lepas yang penuh dengan masa free. Apa nak buat ya?
Rajin terlebihlah pula.... jom buat kek baldu merah.



Nyum, nyum. dah siap. Lemak manis. Di tambah pula dengan cheese toping.

Monday, April 4, 2011

Kek Suji Badam pula

Gebu giler. Makan sekali, nak selalu katanya. Kami cuba pelbagai resipi kek suji dari blog masakan , 3 kali try and error. Kali yang ke-3, barulah jadi lemak gebu. Pelbagai resipi yg ada, yg menjadi pilihan adalah dari blog tiffinbiru. Resipi kek semolina dari blog tiffinbiru adalah simple dan senang.
Kami tak tiru sepenuhnya, ada sedikit alteration mengikut citarasa kami. Maka, hasilnya seperti gambar di atas.