Wednesday, October 27, 2010

Sedihnya,sedihnya

Sedih sungguh.
Bila cerita kat kawan....dia orang pun hairan....
"Apahal dia dengki sangat kat kau orang....you all ada gaduh dengan dia ke?" Itulah pertanyaan kekawan...
Noooo...kami tak gaduh dengan sesiapa pun. Kami masak...panggil jiran makan...sekali sekala siapkan tempahan. Banyak masa kami kat internet...so tak sempat nak gaduh-gaduh lah. Sampai sekarang kami masih kehairanan...kaya sangatkah kami sampai dia sakit hati dengki meroyan tu?. tapi bukan kami je yang diusiknya...ramai juga lah jiran-jiran mengadu.
Banyak betul masa dia pi mereport pasal bisness orang ...
Hak aih....ku sedekahkan Fatihah padanya agar mengurangkan kegiatan menzalimi kami dan jiran-jiran yang lain.
Amin.

Sunday, October 24, 2010

Nasi berlauk,telur dadar budu

Bangun tidur kelmarin, teringin pula nak makan nasi berlauk. Kalau duduk kat area Kg Baru, senang je nak cari kedai Kelantan. Kat area Hulu Klang ni, susah sikit nak cari yang sedap. Kalu dah kemaruk sangat, terpaksalah masak sendiri. Nak nasi berlauk yang sedap kenalah masak ikan ayer atau ikan tongkol.Dalam peti ais cuma ada ikan senangin dengan ikan merah. Hentam sajalah.
Bahan utama gulai darat ni adalah rempah biji, bawang merah dan lengkuas. Akak tak letak bawang putih, macam tak kena je rasanya. Kali ni akak guna rempah segera 'gulai darat' dari pasar besar nun di Kelantan sana. Sebenarnya ini kali pertama guna rempah darat segera. Selalunya akak gigih 'memblender' segala rempah biji. kali ni main campak je.

Dah siap gulai darat ikan merah, teringin nak tambah satu lagi lauk. Kat blog mat gebu http://tiffinbiru.blogspot/ ada telur dadar cencalok. Terus dapat idea buat telur dadar budu. Ini style oghe Kelate. Senang sangat nak buat ni;
1. 2 biji telur
2. 1 sudu besar budu
3. Sebiji bawang besar
4. Petai diracik halus
5. Secubit gula ( ini style oghe Pasir Mas utara).Telur akan lebih crunchy kalau tambah gula ni.
Pukul adunan telur, goreng garing. Pheh...wanginya!

Nasik berlauk ni akan 'kena' rasanya dengan sambal cuka. Cili merah dah abis, akak tumbuk cili padi hijau jelah....janji jadi ;-)

Nyum-nyum. Dah siap. Set lengkap 'Brunch' di hari minggu.

Thursday, October 21, 2010

Terima kasih klinik kesihatan AU2

Dah 2 minggu batuk berterusan selepas demam panas itu hari.
Mek Iti memang malas bab-bab nak ke hospital ni. Selalunya beli ubat kat Farmasi je.
Tahun ni, banyak kali pula diserang batuk. Ubat farmasi dah tak berkesan, barulah ke klinik jumpa doktor. Pengalaman ke klinik kerajaan adalah sewaktu kecil dan remaja sahaja. Selepas tu kami ke klinik swasta jer.... maklumlah company tolong bayarkan. Bila dah berhenti kerja....tetap nak klinik swasta juga.
Bila batuk masih tak baik.....Mak Yan paksa Mek Iti ke klinik. Kali ni ke klinik kerajaan pula. Hishh...tak naklah haku! Mau seharian kat sana. Doktornya pula mesti kerek...nak cepat je. Punyalah berprasangka buruknya haku!
Tapi semalam, gagahkan juga diri ke klinik. Cuba dulu ...mungkin dah berubah.
Kami ke Klinik Kesihatan AU2 dalam jam 11 pagi. Memang ramai orang. Mula-mula tu, bingung juga nak mendaftar. Paling happy, bayar seringgit je. Biar betul!
Tunggu punya tunggu...sampailah giliran jumpa Pegawai Perubatan, kena check darah pula...takut ada jangkitan kuman...batuk dah lama. Ambik darah, hantar makmal.Jumpa doktor semula, ambik ubat. Dalam pukul 1 petang semuanya siap.
Lepas ni..kalau demam sikit-sikit tu....kami nak pi lah klinik kerajaan. Tak de bezanya dengan Klinik swasta. Mungkin masa menunggu agak lama sikit...tapi servicenya hampir sama je dengan swasta. Kakitangan pun berhemah serta ramah.
Sebagai rakyat malaysia yang membayar cukai, rugi tak guna kemudahan yang disediakan percuma untuk kita.

Wednesday, October 20, 2010

Penunjuk Buku dan Kitab

Teringat masa kecil-kecil dulu, berlumba-lumba bergaya dengan penunjuk masa belajar mengaji quran. Kak Chik Mek Iti pakai penunjuk dari buluh je....tapi di raut cantik oleh seorang Mak Cik bisu. (semoga roh arwah bersama kalangan insan beriman). Mak Cik ni meraut buluh untuk dibuat bakul. Kebetulan rumahnya berhampiran dengan 'rumah' mengaji Quran kami. So, bebudak akan pi lah meminta tolong Mak Cik ni meraut lebihan buluh untuk dijadikan penunjuk.

Sekarang, penunjuk Quran kami lagi 'bergaya' ;-). Di buat dari kayu, hasil hutan negeri Pahang.


Penunjuk ni sesuai sangat untuk dibuat hadiah.

Tuesday, October 19, 2010

dari pasu ke pinggan

Inilah serba sedikit herba yang ditempatkan di kaki lima rumah kami. Kawasan apartment yang kecil, so bercucuk tanam dalam pasu dan diatur dikaki lima ajelah. Ada limau purut, kucai, daun, pudina, thyme(kami tak tau apa dalam bahasa melayunya),oregano dan yg tiada dalam gambar pula adalah daun kari, selasih,ulam raja, daun selom, pandan, misai kucing, mulberi, roselle termasuklah ubi kayu. Sayangnya pohon daun kesom dah mati! Tanah agak terhad, tapi kami tanam je...buat masa ni masih bernasib baik kerana building management belum complaint :-).
Pokok lengkuas dan daun kadok pun kami tanam pada kawasan yang sangat sempit...alhamdulillah menjadi pula pokok tu.

Sebenarnya kami nak cerita pasal masakan...tapi terbabas ke pohon tanaman pula.
Pernah tak mengalami keadaan yang tak tau nak masak apa! Rasanya semua pernah mengalami perkara yang sama. Buka je peti ais...tak de yang berkenan.

Suatu hari tu...Perut lapar,tapi malas nak kek kedai beli bahan. So,jengok-jengoklah tanaman kat pasu bunga tepi rumah. Dah 2 hari dok mengulang makan ulam raja. Hari ni, petik daun pudina dan kucailah pula. Yang ada kat dapur cuma telur dan lobak asin. Maka, goreng jelah bahan-bahan ni:

1. Lobak asin
2. Telur
3. Bawang Merah
4. Daun Kucai
5. Cili Kering
6. Garam secukup rasa

Dah siap, makan dengan nasi panas.
Sayur segar, jimat belanja ;-). Tak rugi berbudi pada tanah.



Monday, October 18, 2010

Melayan tempahan ketupat palas

Sepanjang bulan puasa syawal lepas, kami ada juga mengambil tempahan ketupat palas. Sebenarnya tak payah tunggu bulan syawal untuk menempah. InsyaAllah, kami akan layan tempahan sepanjang tahun...dengan syarat ada bekalan daun palas :-).

Ketupat sedang direbus, emmm masih terbau-bau lagi wangi lemaknya :-).

Harga kami adalah dari RM0.80 hingga RM1.20, bergantung pada saiz.

Orang kelantan suka makan ketupat palas lemak dengan air gula 'nise.
Tapi tak pernah lagi kami dapat tempahan macam tu ;-0. Yang selalu ditempah adalah bersama rendang ayam atau daging.

Harga rendang pulak bergantung pada berat timbangan. Harga dari RM35.

Wednesday, October 13, 2010

Kek Cekelat Cedap

Ada waktunya....semua benda tak menjadi. Resah gelisah dibuatnya. Nak ke Hulu Klang....tapi boleh sampai ke Sri Hartamas. Macam mana tu ?
Satu lagi yang buat geram, ada satu jenis kereta Japang tu... memang ***** pemandunya. Bukan satu kali terkena....banyak kali. Suka suki kepala hotak dia nak memotong. Rasa hebat sangatlah tu!
Okaylah... daripada dok meroyan tak tentu hala kat sini, baik kami share pasal masakan dari dapur kami.
Tadaaa...inilah dia kek cekelat yang selalu kami buat. Kek ini dibakar / kukus. Terpulang kepada kehendak penempah ;-).


Monday, October 4, 2010

Langkah ringkas buat Lasagna Sedap

Hari ni kami nak share langkah membuat Lasagna Sedap. Ringkas je resipinya, main campak-campak je :-).
Untuk Sos daging merah kami guna 1 kilo daging cincang Jenama Ramly Burger, Buah Tomato, Carrot, Bawang Kuning,bwg putih, Tomato paste, gula garam secukup rasa. Untuk menumis, kami guna minyak zaiton.
Untuk sos putih pula, 1 liter susu segar/full cream. Tumis 4 sudu tepung gandum dengan butter, masukkan susu,gula garam secukup rasa

Susun kepingan Lasagna (kami guna Jenama )San Remo berselang seli dengan sos.



Akhir sekali, tabur Mozarella Chesee. Bakar sampai masak.


Inilah hasilnya selepas dibakar......
emmm...nyum!nyum!


makan time ;-).








Sunday, October 3, 2010

Layan Tempahan kek mentega sedap

Bila kekawan order kek butter je....rasa relax...sebab kek ni senang sangat nak buat. Bahannya cuma butter, telur, gula, tepung. Inilah tempahan baru-baru ni untuk satu sekolah.











Layan tempahan roti jala







Bulan Syawal dah nak berpenghujung. Masing-masing mengejar pahala bersedekah dengan mengadakan open house. Inilah tempahan roti jala. Bangun 4.30 pagi mengirai roti jala.

Terimakasih Jun kerana menempah beberapa menu untuk jamuan hari raya.