Wednesday, March 16, 2011

Mawar Manis Merah Menyala

Musim Cuti sekolah ni, banyaklah kenduri ya. Banyak pula alasan peniaga nak naikkan harga barang makan terutamanya telur dan ayam.
Ini tempahan kek fondant sempena majlis pertunangan anak saudara kawan. Tema merah putih.
Kek kat dalam tu, kek buah campuran.
Biasanya, untuk kek, kami sarankan kek buah atau kek mentega. Paling bagus, kek buah sebab sangat tahan lama.