Monday, May 2, 2011

makan macam macam

3 hari bercuti, tekak ni telan macam macam. petai, jering mesti makan. makan nasi tanpa petai jering umpama tidur tanpa bantal ;-)
kat klate dan pahang, kami cuma kenal jering rebus.make dgn nyior parut. perghhh.
kat KL ni, bila makan masakan Minang, macam tak sah kalau tak de rendang jengkol. oooooh, sodapnya.
aktiviti memasak rendang jering campur kerang mengambil masa hampir sehari suntuk. Cik yan yg bertungkus lumus masak, melur jasmin makan je.
gambar pun lupa nak 'tangkap'. makan tak hingat.
susahnya mencari jering tua sekarang. mahal pula tu.

2 comments:

Cikli said...

kerdas takde ke?
baru cukup 3 serangkai.

SedapSnack Crew said...

susah nak cari kerdas tua kat KL. mahal pula. Kat Klate bulih beli bercupak-cupak, kat sini seciput dah RM3!