Sunday, September 18, 2011

Lazarnia Lazart

Pagi-pagi dah hujan. Memang seronok lah untuk bermalas-malasan bergolek-golek atas katil. Tapi, boleh sembab muka....badan pun boleh naik gelembung. He!he!
Daripada dok melangut tak buat apa tu, apa kata kita layan gambar-gambar Lasagna daging yang kami buat kelmarin. Kawan sekolah tempah untuk open house.
 Kami guna kepingan lasagna yang instant punya. Tak kisahlah jenama apa...yang penting instant (oven ready). Contoh , seperti gambar kotak di atas.

Sos yang paling penting perlu ada utk Lasagna yang sangat lazat adalah Cream sauce dan Meat sauce.
Sos putih berkrim adalah sangat senang di buat. Bahan-bahan pun mudah sangat. Ianya campuran susu segar, mentega dan sedikit tepung gandum. Cara nak buat pun dah tersedia di belakang kotak (kalau beli jenama San Remo).  

Untuk sos daging atau ayam, resipi pun ada di kotak Lasagna sheets keluaran San Remo. Tapi, macam biasalah, ada derhaka sikit....ikut selera tekak kita orang Malaysia, kena pedas sikit. So, kami tambah lada hitam. Untuk  lebih pekat dan manis, kami tambah carrot yang di potong dadu. Okay, ini resipi kami yang dah diubah suai :
- 1 kilo daging cincang ( kami suka guna jenama Ramly Burger)
- 1 kilo lobak merah di potong dadu
- 1 kilo tomato segar di potong dadu
- 2 tin tomato puree ( berat 420gm each)
- Bawang besar holland (dalam 2-3 biji di potong dadu) dan bawang putih
- Lada hitam (ikut sukatan sendiri. Nak pedas, letaklah banyak2)
- Minyak zaitun utk menumis
- Gula dan garam secukup rasa
Cara :
- Tumis bawang sehingga kekuningan
- Masukan daging cincang. Agak-agak dah kering air, masukkan sayuran dan tomato puree.
- Last sekali masukkan gula dan garam.
- Tunggu sehingga sos menjadi sos pekat.

Utuk menyusun kepingan lasagna dalam bekas sebelum bakar, sila refer cara dia kat  kotak ya.
Dah siap di bakar. Boleh dapat satu bekas besar  ( 10"x12"), beratnya hampir 3 kg .

Sos yang lebih tu, kami tambah brocoli. Lagi sedap rasanya.



Susun brocoli pada lapisan terakhir kemudian tambah parutan mozarella cheese dan bakar pada suhu 180  selama 45 minit.

No comments: