Monday, May 23, 2011

Rendang jering bersama kerang

Memang sedap rendang jering ala Minang. Tambah sedap dicampur kerang.
Bahan-bahan :
Jering mesti tua. kalau muda, rasa pahit tak sedap.
Santan
Lengkuas
Halia
Kunyit
Buah Keras
Daun Salam
Bawang Merah
Kerang
garam gula secukup rasa
asam keping
Cara :
Rendam jering semalaman. Rebus sampai empuk. Ketuk sekadar pecah-pecah.
Giling halia, kunyit, lengkuas dan bawang. Campur bersama santan,asam keping. masukkan jering rebus.
Bila hampir pecah minyak masukan buah keras, daun salam dan kerang. Perisakan dgn garam gula.
Sedap dimakan bersama nasi panas.

Monday, May 2, 2011

makan macam macam

3 hari bercuti, tekak ni telan macam macam. petai, jering mesti makan. makan nasi tanpa petai jering umpama tidur tanpa bantal ;-)
kat klate dan pahang, kami cuma kenal jering rebus.make dgn nyior parut. perghhh.
kat KL ni, bila makan masakan Minang, macam tak sah kalau tak de rendang jengkol. oooooh, sodapnya.
aktiviti memasak rendang jering campur kerang mengambil masa hampir sehari suntuk. Cik yan yg bertungkus lumus masak, melur jasmin makan je.
gambar pun lupa nak 'tangkap'. makan tak hingat.
susahnya mencari jering tua sekarang. mahal pula tu.

Friday, April 15, 2011

Kek Baldu lagi


Hari minggu lepas yang penuh dengan masa free. Apa nak buat ya?
Rajin terlebihlah pula.... jom buat kek baldu merah.



Nyum, nyum. dah siap. Lemak manis. Di tambah pula dengan cheese toping.

Monday, April 4, 2011

Kek Suji Badam pula

Gebu giler. Makan sekali, nak selalu katanya. Kami cuba pelbagai resipi kek suji dari blog masakan , 3 kali try and error. Kali yang ke-3, barulah jadi lemak gebu. Pelbagai resipi yg ada, yg menjadi pilihan adalah dari blog tiffinbiru. Resipi kek semolina dari blog tiffinbiru adalah simple dan senang.
Kami tak tiru sepenuhnya, ada sedikit alteration mengikut citarasa kami. Maka, hasilnya seperti gambar di atas.

Wednesday, March 16, 2011

Mawar Manis Merah Menyala

Musim Cuti sekolah ni, banyaklah kenduri ya. Banyak pula alasan peniaga nak naikkan harga barang makan terutamanya telur dan ayam.
Ini tempahan kek fondant sempena majlis pertunangan anak saudara kawan. Tema merah putih.
Kek kat dalam tu, kek buah campuran.
Biasanya, untuk kek, kami sarankan kek buah atau kek mentega. Paling bagus, kek buah sebab sangat tahan lama.

Wednesday, January 5, 2011

Kueh bakar Kemboja lemak manis

Salam semua.
Pagi ni kat Hulu Klang hujan lebat. Alhamdulillah, hujan rahmat.
Macam menoreh getah,Meniaga diwaktu hujan ni agak slowlah sikit...tapi menoreh getah lagi untung;-). Lagi hujan....lagi mahal getah. Tak gitu wahai penoreh getah sekelian?

uuk haik!.nak sembang pasai kueh bakar...dok melalut pasal getah pulek.
Kueh bakar kemboja ni adalah antara makanan kegemaran MekIti SS. SS tu bukan syok sendiri macam blog ni, tapi SS tu SedapSnack.
Asal ada jumpa orang jual kueh bakar, MekItiSS akan try beli. Lepas tu bagi komen dalam diam. Kalau tak sedap hanyir tak lemak, haku gerenti tak beli lagi...kalau sedap, haku ulang beli.
MekIti beli sikit-sikit bila teringin. tapi bila ada tokei gerai dan restaurant minta kami bekalkan ....gigihlah kami sendiri membakar kueh tu.

Tu dia, malam tadi berjaya buat 12 kuntum bunga kemoja yg sedap harum lemak manis. Resipi kueh bakar kemboja lemak manis ni adalah daripada MakYan. MakitiSS tukang buat je, Mak Yan jadi tukang check quality. Mana yg tak ikut spesifikasi, akan dimakan sepuasnya. Yang Paling best dan comei je akan dijual.