Monday, July 13, 2009

Keluaran sedapsnack - part raya 1

Cookies ini dibuat sepanjang masa cuma bila dekat nak raya, kenalah dikeluarkan melebihi tahap biasa.
Tahun ini kami ambil tempahan berjenis-jenis juga.

Antaranya :

1. Peanut butter atau orang dulu-dulu panggil biskut senyum.
Harga pasaran untuk 50pcs = RM18.00 (murah ya amaat ni ;-)




2. Tart Nenas
Harga berpatutan 50 pcs = RM18.00

3. Chocolate Chip, harga patut 300gm = RM18.00
4. Almond London
5. Corn Flakes
6. Biskut Tembikai
7. Biskut Kelapa
Gambar yang lain-lain tu, akan di upload kemudian.
Kawan-kawan dan pembaca sekelian, sudi-sudilah buat tempahan ya.
Kawan-kawan yang baik hati dah pemurah tu.... bisness mesti bagus tahun ni kan ?
Orang pemurah sentiasa mendapat Rahmat. Jadi budget raya mestilah besar kan?
So, tempahlah hamper untuk dihadiahkan buat rakan dan taulan. Agar keuntungan, akan berlipat ganda. (skema betul ayat ni... he!he!)



Thursday, June 11, 2009

Suji Sedapsnack


Hamper suji ni kami bekalkan kepada salah satu syarikat terkemuka pada tahun 2004. Naik muak bau minyak sapi...kami terpaksa tolak tambahan order 2-3 sebelum raya sebab dah lenguh tangan menggentel tepung! Lagi satu kepanasan tahap maksima gara-gara mengukus kek buah yang juga dibekalkan pada syarikat yang sama. Kami bekerja hampir 24 jam setiap hari sepanjang bulan puasa untuk meet order...... kerja kuat sungguh masa tu :-).
Raya tahun ni, cepat-cepatlah order ya. kami pun nak raya juga ;-).




Thursday, June 4, 2009

Tempahan kek cawan hari bapa



Tempahan kek cawan hari bapa dibuka sekarang.

Senarai Harga

1 kotak ( 6 biji) - RM15.00

1 kotak (4 biji) - RM10.00

Sebiji - RM2.20

Sunday, May 31, 2009

Kelas tutup

Pedaftaran untuk kelas cup cake cuti sekolah telah ditutup.
Terimakasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang menyokong.

Jumpa lagi di kelas yang akan datang.

Sunday, May 24, 2009

Kelas Cup Cake

CERIA CUTI SEKOLAH

Manafaatkan cuti sekolah nanti dengan menghadiri kelas menghias kek cawan anjuran Bakeri Snek Sedap.

InsyaAllah dengan menghadiri kelas ini, anak-anak akan mendapat kemahiran dan pengalaman yang berharga. Kelas adalah terbuka kepada kanak-kanak berusia diantara tujuh (7)- dua belas (12) tahun.


Yuran : RM30.00 seorang

Semasa kelas, anak-anak diberikan peluang memasak dan menghias sendiri kek mengikut citarasa masing-masing. Mereka juga akan didedahkan dengan ;
- konsep asas sukatan kek
- mengenali warna, rasa dan tekstur kek
- kerjasama dalam kumpulan

Kepada yang berminat, sila hubungi Cik Rozi atau emailkan borang penyertaan yang dilampirkan ke sedapsnack@yahoo.com

Wednesday, April 29, 2009

cara menganyam ketupat palas

saja i nak war warkan dulu ye......nanti baru iupload...he....he....jangan marah ye

roti....panas

ni i nak tunjuk proses membuat roti........tangan yang comel tu bukan aku punya....fokus kat roti aje la ye.......lupa lak nak ambik gambar lepas roti masak.....lain kali aje le...sebab ari ari buat roti.




doh yang telah diisi dgn inti kacang














mengentel doh.......











goreskan dgn pisau doh yg telah dileperkan

dah siap untuk di bakar......tunggu naik dua kali ganda...baru bakar