Monday, September 27, 2010

Siput sedut sos tiram

Kebelakangan ni, asyik hujan jer....hujan rahmat. Sejuk sangat. Open house dihujung minggu pun memang banyak..... lepas makan kenyang...hujan pulek...apa lagi.....beradu lah kita....lena macam kucing kesayangan kami tu. Semalam...dikala hujan riBut melanda, rakan baik kami datang bawa siput sedut dan sotong segar. Apa lagi, sinsing lengan baju...memasaklah kita.....dah tak sabar makan (tengahari tu..dah makan 3 pinggan kat open house..tapi tetap tak sabar nak makan)...jadi kami trylah resipi xpress...
Tadaa...inilah dia Siput sedut sos tiram...memang simple lagi sedap!
Masa makan, lupa nak snap snap gambar...dah siap sedut..barulah ambik gambar...he!he!

Resipinya memang simple sangat.
1. Celur siput yang telah siap dibersihkan
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering.
3. Masukan sos tiram, gula garam secukup rasa
4. Masukkan siput yang telah dicelur.
5. gaul rata, tutup api...sekejap je tau..jangan lama sangat atas api sebab siput dah siap dicelur.
6. Angkat dan makan bersama nasi panas....pergh...sooodap.

Cubalah.

Friday, August 27, 2010

Tempahan kek dan ketupat raya

Tempahan untuk kek, ketupat palas dan ketupat nasi dah di buka. Kami akan membuat penghantaran sekitar lembah klang pada hari raya ni. Set ketupat termasuk rendang daging atau ayam.
Kek pula adalah Karrot Cake, Kek Coklat ( Bakar & kukus)dan Kek Buah (Bakar atau kukus juga). Sudi-sudilah tempah ya.

Wednesday, August 18, 2010

hamper raya 2010






Seleksi hamper keluaran sedapsnack 2010.
Ini sebahagian gambar sahaja. Untuk melihat keseluruhan hamper kami, datanglah ke kedai atau untuk lebih senang...contactlah kami

Thursday, August 5, 2010

Biskut tahun ini








Masih biskut yang sama seperti dulu-dulu, cuma tambahan adalah Oat Susu rangup. Ini kiranya gambar recycle

Wednesday, June 23, 2010

Biskut Baru 1431H


Salam. Lama betul tak hupdate blog bersawang nih ;-)

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk bulan puasa rupanya!

Untuk tahun ini, kami tambah biskut baru....Biskut Oat Susu rangup. Rasa kelat koko, lemak susu dan manis madu.

Untuk merasa...sudi-sudilah datang kedai kami ya.

Tuesday, February 2, 2010

Pembantu Bakeri

1. Calon-calon mesti berminat dalam pembuatan biskut dan pastry
2. Sihat tubuh badan
3. Sanggup bekerja lebih masa /dihujung minggu

Calon-calon yang berminat, bolehlah datang sendiri ke Bakeri SedapSnack seperti alamat di atas atau email ke sedapsnack@yahoo.com atau hubungi Cik Rozi di talian 017 6438393

Tuesday, January 12, 2010

Agar-agar keluaran sedapsnack

Antara 'hot selling' kedai kami adalah agar-agar trifle, puding caramel dan agar-agar cendol.
Kepada yang berminat nak order, sudi-sudilah hubungi kami. Sesuai sangat untuk acara kenduri kendara.

Agar-agar trifle pula, ala-ala malaysia punya...tak muak. Ada 3 lapis..merah, kuning dan putih. Pejam mata, bayangkanlah rupa dan kelazatannya. Emm.... menitis air liur...

Inilah Puding Karamel yang selalu ditempah. Harga bergantung pada saiz bekas. Selalunya dari RM1.00- RM1.50