Sunday, October 11, 2009

kelas memasak

Mohon maaf kepada kekawan dan pembaca yang meminta agar kami mengadakan kelas roti dan kek. memang ada perancangan tapi kebelakangan ini agak sibuk melayan tempahan dan kerja-kerja pentadbiran yang semakin menimbun.

Mek Iti pernah menghadiri demo class anjuran bake with yen. Bagus bakery pun ada kelas yang serupa. memandangkan kami tak sempat buat kelas pada bulan ini, dicadangkan agar kekawan dan pembaca sekelian, check out www.bagus.com.my untuk jadual kelas.

Selamat belajar

Thursday, August 27, 2009

PEMBANTU BAKERI SAMBILAN

Kami memerlukan pembantu dapur sambilan sepanjang bulan Ramadan ini.
Syarat kelayakan :
1. Calon-calon mesti berminat dalam pembuatan biskut dan pastry
2. Sihat tubuh badan
3. Sanggup bekerja lebih masa
Calon-calon yang berminat, bolehlah datang sendiri ke Bakeri SedapSnack seperti alamat di atas atau email ke sedapsnack@yahoo.com

Tuesday, August 18, 2009

Seleksi Syawal SedapSnack


Selamat Menyambut Syawal dari dapur SedapSnack. Seharum rampai namanya hamper, buat tatapan semua sahabat . ( 3 balang biskut, 1 balang kecil biskut dan 1 sparkling grape)

Salam dihulur, di hari mulia. Anggerik ungu penyeri raya (4 balang biskut - kelapa,tart, peanut butter dan almond london)

Ikhlas buat tetamu di hari mulia.... (5 jenis biskut- kelapa, suji, tart, chocolate chip dan peanut butter)



Pulang dari perantauan...menyambut syawal bakal menjelma.

(3 balang biskut dan 1 sparkling grape)






Selembut sutera..... buat menyambut syawal. ( 3 balang cookies- suji, kelapa dan almond london)







Kencana Syawal .... Untuk kenalan, saudara tersayang, teman teristimewa. Boleh juga dihadiahkan untuk diri sendiri ;-).
(2 balang biskut dan 1 balang kecil suji)
























Thursday, August 6, 2009

Harga pasaran biskut keluaran kami

Almond London
50 pcs
RM22



Biskut Suji
50 pcs
RM18



Kelapa
50 pcs
RM18

Monday, July 13, 2009

Keluaran sedapsnack - part raya 1

Cookies ini dibuat sepanjang masa cuma bila dekat nak raya, kenalah dikeluarkan melebihi tahap biasa.
Tahun ini kami ambil tempahan berjenis-jenis juga.

Antaranya :

1. Peanut butter atau orang dulu-dulu panggil biskut senyum.
Harga pasaran untuk 50pcs = RM18.00 (murah ya amaat ni ;-)




2. Tart Nenas
Harga berpatutan 50 pcs = RM18.00

3. Chocolate Chip, harga patut 300gm = RM18.00
4. Almond London
5. Corn Flakes
6. Biskut Tembikai
7. Biskut Kelapa
Gambar yang lain-lain tu, akan di upload kemudian.
Kawan-kawan dan pembaca sekelian, sudi-sudilah buat tempahan ya.
Kawan-kawan yang baik hati dah pemurah tu.... bisness mesti bagus tahun ni kan ?
Orang pemurah sentiasa mendapat Rahmat. Jadi budget raya mestilah besar kan?
So, tempahlah hamper untuk dihadiahkan buat rakan dan taulan. Agar keuntungan, akan berlipat ganda. (skema betul ayat ni... he!he!)



Thursday, June 11, 2009

Suji Sedapsnack


Hamper suji ni kami bekalkan kepada salah satu syarikat terkemuka pada tahun 2004. Naik muak bau minyak sapi...kami terpaksa tolak tambahan order 2-3 sebelum raya sebab dah lenguh tangan menggentel tepung! Lagi satu kepanasan tahap maksima gara-gara mengukus kek buah yang juga dibekalkan pada syarikat yang sama. Kami bekerja hampir 24 jam setiap hari sepanjang bulan puasa untuk meet order...... kerja kuat sungguh masa tu :-).
Raya tahun ni, cepat-cepatlah order ya. kami pun nak raya juga ;-).




Thursday, June 4, 2009

Tempahan kek cawan hari bapa



Tempahan kek cawan hari bapa dibuka sekarang.

Senarai Harga

1 kotak ( 6 biji) - RM15.00

1 kotak (4 biji) - RM10.00

Sebiji - RM2.20