Friday, September 23, 2011
Thursday, September 22, 2011
Wednesday, September 21, 2011
Tuesday, September 20, 2011
Hamper budget bawah RM100
Harga : RM80.00
Pilihan 3 jenis biskut. yang kat dalam gambar ni : Biskut suji kristal, Chocolate chips dan tat nenas
Pilihan 3 jenis biskut. yang kat dalam gambar ni : Biskut suji kristal, Chocolate chips dan tat nenas
Monday, September 19, 2011
Sira pisang
Sekarang masih musim puasa 6 syawal. Mungkin ramai yg dah beraya 6 pun. Tahniah, bukan semua rajin berpuasa...apatah lagi dengan jemputan kenduri dan open house.
Baiklah, tak payah celoteh panjang, kita layan sira pisang simple ni.
Sira pisang dikira manisan popular di Kelantan.
Nak buat memang senang tapi nak dapat yg betul2 sedap memang susah. he!he!
Bahan-bahan cuma :
-Gula, air, daun pandan ( boleh juga letak bunga cengkih),secubit garam dan pisang.
Bila dah mengelak berbunga macam ni, barulah masukkan pisang.
Pisang berangan atau nangka yang paling sedap. Kami guna pisang nipah, boleh tahan sedap juga.
Makan dengan ais krim, pergh. Sedap teramat.

Sunday, September 18, 2011
Lazarnia Lazart
Pagi-pagi dah hujan. Memang seronok lah untuk bermalas-malasan bergolek-golek atas katil. Tapi, boleh sembab muka....badan pun boleh naik gelembung. He!he!
Daripada dok melangut tak buat apa tu, apa kata kita layan gambar-gambar Lasagna daging yang kami buat kelmarin. Kawan sekolah tempah untuk open house.
Kami guna kepingan lasagna yang instant punya. Tak kisahlah jenama apa...yang penting instant (oven ready). Contoh , seperti gambar kotak di atas.

Sos yang paling penting perlu ada utk Lasagna yang sangat lazat adalah Cream sauce dan Meat sauce.
Sos putih berkrim adalah sangat senang di buat. Bahan-bahan pun mudah sangat. Ianya campuran susu segar, mentega dan sedikit tepung gandum. Cara nak buat pun dah tersedia di belakang kotak (kalau beli jenama San Remo).
Untuk sos daging atau ayam, resipi pun ada di kotak Lasagna sheets keluaran San Remo. Tapi, macam biasalah, ada derhaka sikit....ikut selera tekak kita orang Malaysia, kena pedas sikit. So, kami tambah lada hitam. Untuk lebih pekat dan manis, kami tambah carrot yang di potong dadu. Okay, ini resipi kami yang dah diubah suai :
- 1 kilo daging cincang ( kami suka guna jenama Ramly Burger)
- 1 kilo lobak merah di potong dadu
- 1 kilo tomato segar di potong dadu
- 2 tin tomato puree ( berat 420gm each)
- Bawang besar holland (dalam 2-3 biji di potong dadu) dan bawang putih
- Lada hitam (ikut sukatan sendiri. Nak pedas, letaklah banyak2)
- Minyak zaitun utk menumis
- Gula dan garam secukup rasa
Cara :
- Tumis bawang sehingga kekuningan
- Masukan daging cincang. Agak-agak dah kering air, masukkan sayuran dan tomato puree.
- Last sekali masukkan gula dan garam.
- Tunggu sehingga sos menjadi sos pekat.
Utuk menyusun kepingan lasagna dalam bekas sebelum bakar, sila refer cara dia kat kotak ya.
Dah siap di bakar. Boleh dapat satu bekas besar ( 10"x12"), beratnya hampir 3 kg .
Sos yang lebih tu, kami tambah brocoli. Lagi sedap rasanya.
Tuesday, September 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)