Monday, November 29, 2010

set rendang pulut kuning


Ini menu harian 'kedai' kami. Pulut kuning bersama rendang ayam dan rendang daging. Kami bekalkan set pulut dan rendang ini di outlet kami gerai dan kiosk. Boleh juga dapatkan terus dari kami pada harga yang sangat berpatutan.

Sunday, November 28, 2010

Pembuka Selera

Hah...ini lah dia pembuka seleranya...kali ini kami buat acar rempah daging. Sesuai sangat Makan dengan nasi putih, briyani , hujan panas dan nasi minyak.
Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, halia, pelaga hindi dan rempah kari. Kemudian masukkan daging.

Ini pula sayuran yang dimasukkan selepas daging empuk.
Perisakan dengan garam, gula dan cuka.

Dah masak sekuali.
Kami tepek gambar acar timun ikan bilis pula. Yang ini tak berempah, tetap sedap gitu :-)

Monday, November 22, 2010

Simpulan Kasih

Serunding ikan sekuali besar. hampir 2 hari atas dapur baru kering! Serunding tadi dijadikan inti popia.
Goreng sekejap dalam minyak penuh...atas api perlahan.
Dah sejuk, isikan dalam balang.

Entah kenapa jajan ni namanya simpul kasih? Mek panggil dia ...popia mini je. Siapa yang letak nama simpul kasih ni memang kreatif dan puitis. Indah betul namanya.

Sunday, November 21, 2010

menu kegemaran sepanjang hari, minggu dan tahun



Inilah bunga telang yang menghiasi kebun kami. Berbunga hampir sepanjang tahun. ooooh, suka sangat merenung kuntuman mekar terutama selepas hujan diwaktu pagi.


Bunga cantik ni boleh digunakan sebagai pewarna asli untuk pelbagai jenis masakan. Tiada kesan sampingan ke atas tubuh badan . Lebih sihat gitu ;-0.

Sepinggan besar bungaan ini, kami campurkan dalam seperiuk beras untuk tanak nasi.

Dan inilah hasilnya....nasi kegemaran kami sepanjang masa....nasi kerabu hitam. Bunga telang ni tak ada lah berwarna hitam, tapi lebih kepada warna ungu...tapi entah kenapa dipanggil nasi kerabu hitam.

Bunga telang ni tidak memberikan 'rasa' kepada nasi, cuma memberikan warna sahaja. Letak banyak kuntum bunga pun tidak langsung menjejaskan rasanya. Kalau nak biru gelap kehitaman, letaklah banyak-banyak bunganya.
Cubalah ya....

Friday, November 19, 2010

Masih mood raya qurban

Salam raya haji.

Dah masuk hari ketiga...tetap seronok beraya.

Menu raya haji tahun ni, agak banyak jugalah. Rajinlah pula tahun ni.

Ketupat palas satu kemestian. Lebihan pulut kami buat ketupat sotong. Tak sempat beraya ketupat ni, sekelip mata jadi jamuan berbuka puasa sunat. Sedap yaamat...tak pernah jumpa kat KL. Kalau mengidam...kenalah masak sendiri. Style Kelantan agak gelap berbanding Tgganu sebab kami bubuh nise (gula melaka). Satu lagi Mek Iti tak suka letak bawang.....cuma letak halba je...oooh sedapnya. Bila tengok gambar ni...sutung berenang dalam kuah lemak berkolestrol, terliur lah pula...tak puas-puas makan!


Mak Yan pula, terlebih rajin juga...dimasaknya tepung bungkus utk Mek Iti berbuka. Terduduk Mek kekenyangan di malam raya.

Tengah malam, baru siap kuah kacang. Bertambah-tambahlah kolestrol dalam tubuh tembam Mek ni sebab ikut Style Kelantan , kuah kacang kami letak santan pekat. Ketupat nasi tak ada sebab kami orang Pantai timur tak reti nak mengayam daun kelapa...kami tanak nasi impit segera je.


Di pagi raya, ada tetamu datang (dari malam lagi dah ada yg melawat...seronoklah raya tahun ni). Mek Iti pun join tetamu makan sekenyang kenyangnya barulah ziarah saudara mara. Menyesal pula, kat rumah adik ada pelbagai juadah nasi dagang, mee goreng, nasi impit, air jagung, puding, buah...tapi haku jamah mee goreng yang sedap itu sikit je...dah terlalu kenyang kat rumah tadi.
Petang raya...adik hantar daging qurban...(Alhamdulillah...macam tau tau Mek tak berkorban tahun ni). Esok paginya, mek goreng daging style asam manis celagi. Lupa pula nak snap gambar. Masakan ni, menggunakan daging, hati dan 'barang' dalam yang lain dicampur air asam celagi , gula dan daun limau purut. Kalau guna daging sahaja kurang sedap. Mesti ada hati dan organ dalaman yang lain...barulah sedap meleleh air liur.

Kepada Far yang datang menziarah di hari raya, kami pula tak ada dirumah masa tu...Mohon maaf sesangat.
Kepada jiran kami Nur yang pemurah, terima kasih ....dapat daging kurban lagi hari ni. Mek nak masak kerutuk daginglah pula ;-).

Wednesday, November 10, 2010

Sabar itu sedap hasilnya

Salam. Mood rajin lah pula. Setelah bercuti lama....orang lain raya kita pula bercuti sakan...maklumlah 1 Malaysia. Musykil juga ya...Iklan kat TV cuma ada 2 je pasal raya Hindu...1 yg Petronas punya (we like) dan 1 lagi sambungan cerita raya kawen 1 Malaysia. Rancangan tv pun kurang dgn cerita Tamil dan Hindi.

Daripada memerah otak dok fikir benda yang tak de kena mengena dengan Sedap Snack....marilah kita bercerita pasal masak-masak.......

Dah nak dekat raya Qurban you all....seronok je ni :-). Kami masak serunding sempena raya haji ni......segala mak nenek serunding kami rancang nak buat...tapi baru 2 jenis yang siap ;-). Ya ler...dah 2 jenis yang kekawan tempah; serunding ikan dan serunding ikan bilis (paling banyak order ni...kami suka,kami suka,kami suka)
Mencebur diri dalam pembuatan serunding memerlukan kesabaran yang sangat tinggi adik-adik, puan-puan dan kekawan.
Ini segala campuran santan pekat, bawang, halia, gula garam dan ikan. Letak atas api yang perlahan (api kecil)
Dalam 3 jam lebih tunggu...baru nak pekat macam ni , tukar ke kuali pula sebab senang nak kacau.......paling mencabar ni...sebab kena sentiasa di kacau..... kalau malas nak mengacau..... dapatlah serunding pahit ;-).
Inilah hasil kesabarannya....... serunding ikan lemak manis yang sedap itu. Lebih 12 jam kat atas dapur...barulah jadi kering macam ni.

Saturday, November 6, 2010

Menyiapkan hamper pesta cahaya

Menyiapkan tempahan tergempar sehari sebelum raya Hindu......