Tuesday, September 28, 2010

Kotak Satin




Tempahan hamper hariraya baru-baru ni, ada pelanggan yang request kotak kecil. Tak sangka pula, lepas raya...masih ada yang berkenan dengan kotak satin. Kalau raya hari tu, di isi dengan 2 jenis biskut, kali ini di isi dengan kek buah.

Kami ada pelbagai jenis kotak dan bakul utk hamper atau untuk apa saja....untuk melihat-lihat dan order...sudi-sudilah datang melawat kedai kami ya.




Monday, September 27, 2010

Siput sedut sos tiram

Kebelakangan ni, asyik hujan jer....hujan rahmat. Sejuk sangat. Open house dihujung minggu pun memang banyak..... lepas makan kenyang...hujan pulek...apa lagi.....beradu lah kita....lena macam kucing kesayangan kami tu. Semalam...dikala hujan riBut melanda, rakan baik kami datang bawa siput sedut dan sotong segar. Apa lagi, sinsing lengan baju...memasaklah kita.....dah tak sabar makan (tengahari tu..dah makan 3 pinggan kat open house..tapi tetap tak sabar nak makan)...jadi kami trylah resipi xpress...
Tadaa...inilah dia Siput sedut sos tiram...memang simple lagi sedap!
Masa makan, lupa nak snap snap gambar...dah siap sedut..barulah ambik gambar...he!he!

Resipinya memang simple sangat.
1. Celur siput yang telah siap dibersihkan
2. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering.
3. Masukan sos tiram, gula garam secukup rasa
4. Masukkan siput yang telah dicelur.
5. gaul rata, tutup api...sekejap je tau..jangan lama sangat atas api sebab siput dah siap dicelur.
6. Angkat dan makan bersama nasi panas....pergh...sooodap.

Cubalah.