Friday, December 31, 2010

Tempahan penutup dan pembuka tahun

Saya yakni Mek Iti tidak peduli tentang tahun baru. It just another day gitu. Bukan dapat pahala pun meraikan tahun Masihi nii. Ehhh, sebenarnya happy juga dengan perayaan yang tak disambut ni...sebab ada business sikit-sikit :-).

Untuk penutup tahun 2010, kami dapat tempahan cream caramel utk kawan yang berparti sakan sambut tahun baru katanya.
Pembuka tahun 2011 pula...pagi-pagi buta Mak Yan mengirai roti jala bagi memenuhi tempahan kawan sekolah dulu-dolu.
Terimakasih daun keladi...lain kali tempah lagi ya.

Thursday, December 23, 2010

ikan rebus lengkuas

Kat Pantai Timur, masakan ikan rebus adalah macam satu kemestian untuk digandingkan dengan nasi berlauk, nasi dagang dan nasi kerabu.Ikan rebus tadi akan digoreng, masak kari ataupun masak gulai darat. Ikan yang paling sesuai utk direbus adalah ikan tongkol (ike ayo), ikan tamban, ikan sardin dan ikan kembung. Bahan utama utk merebus adalah asam keping, garam dan lengkuas. Cubalah rebuih ikan tongkol tanpa lengkuas....hanyir u! Tak sedap terutamanya bila nak buat masak kari....bau hanyir tak hilang.

Utk makan dengan nasi putih panas, goreng ikan rebuih, letak bawang dan cili.....
perghhhhh...simply sedap gituh..
Lagi sedap bila digoreng celup tepung....garing rangup dimakan bersama nasi kerabu. ohhh..heaven. Lagi terangkat...lauk sampingan dengan etak salai..

Monday, December 20, 2010

kek merah baldu


Birthday treat at Bukit Belacahan. Khelass kan! Tak payah susah susah ke Water park. Mummy Yuyu baik kan? Jimat cermat gituh! Gigih ke taman rimba...sayang duit punya pasal!
Ni Yuyu nak cerita pasal birthday hari tu....
Masa hari ulang tahun ke 3 Yuyu kat dunia ni, Mek Iti buat kek kegemaran dia, the red velvet cake. Yuyu punya birthday, Mek Iti yang pilih kek...kesian Yuyu! Suka suki dia je...!

Supaya tak lari dari tema birthday budak-budak, Mek Iti buatlah juga Chocolate Muffin. Red velvet ni, hanya org dewasa yang suka terutamanya MEK ITI tu! Kek dibuat oleh Mek Iti.


Tukang hias pula...mummynya Yuyu....Cik Yan. Topping cheese memang ngam dengan red velvet.

Nota Mek Iti untuk Yuyu:
"Semoga membesar menjadi anak yang soleh Nak".
Nota Yuyu pula:
"terimakasih Mummy. susah-susah je buat seperiuk besar laksa & sekuali besar meehoon.
Mek iti, terimakasih juga...suka hati dia je masak ikut selera tekak dia ...buekkk!.
kakak farah, jangan jeles...yuyu dapat banyak hadiah :-)."

Monday, November 29, 2010

set rendang pulut kuning


Ini menu harian 'kedai' kami. Pulut kuning bersama rendang ayam dan rendang daging. Kami bekalkan set pulut dan rendang ini di outlet kami gerai dan kiosk. Boleh juga dapatkan terus dari kami pada harga yang sangat berpatutan.

Sunday, November 28, 2010

Pembuka Selera

Hah...ini lah dia pembuka seleranya...kali ini kami buat acar rempah daging. Sesuai sangat Makan dengan nasi putih, briyani , hujan panas dan nasi minyak.
Mula-mula tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, halia, pelaga hindi dan rempah kari. Kemudian masukkan daging.

Ini pula sayuran yang dimasukkan selepas daging empuk.
Perisakan dengan garam, gula dan cuka.

Dah masak sekuali.
Kami tepek gambar acar timun ikan bilis pula. Yang ini tak berempah, tetap sedap gitu :-)

Monday, November 22, 2010

Simpulan Kasih

Serunding ikan sekuali besar. hampir 2 hari atas dapur baru kering! Serunding tadi dijadikan inti popia.
Goreng sekejap dalam minyak penuh...atas api perlahan.
Dah sejuk, isikan dalam balang.

Entah kenapa jajan ni namanya simpul kasih? Mek panggil dia ...popia mini je. Siapa yang letak nama simpul kasih ni memang kreatif dan puitis. Indah betul namanya.

Sunday, November 21, 2010

menu kegemaran sepanjang hari, minggu dan tahun



Inilah bunga telang yang menghiasi kebun kami. Berbunga hampir sepanjang tahun. ooooh, suka sangat merenung kuntuman mekar terutama selepas hujan diwaktu pagi.


Bunga cantik ni boleh digunakan sebagai pewarna asli untuk pelbagai jenis masakan. Tiada kesan sampingan ke atas tubuh badan . Lebih sihat gitu ;-0.

Sepinggan besar bungaan ini, kami campurkan dalam seperiuk beras untuk tanak nasi.

Dan inilah hasilnya....nasi kegemaran kami sepanjang masa....nasi kerabu hitam. Bunga telang ni tak ada lah berwarna hitam, tapi lebih kepada warna ungu...tapi entah kenapa dipanggil nasi kerabu hitam.

Bunga telang ni tidak memberikan 'rasa' kepada nasi, cuma memberikan warna sahaja. Letak banyak kuntum bunga pun tidak langsung menjejaskan rasanya. Kalau nak biru gelap kehitaman, letaklah banyak-banyak bunganya.
Cubalah ya....

Friday, November 19, 2010

Masih mood raya qurban

Salam raya haji.

Dah masuk hari ketiga...tetap seronok beraya.

Menu raya haji tahun ni, agak banyak jugalah. Rajinlah pula tahun ni.

Ketupat palas satu kemestian. Lebihan pulut kami buat ketupat sotong. Tak sempat beraya ketupat ni, sekelip mata jadi jamuan berbuka puasa sunat. Sedap yaamat...tak pernah jumpa kat KL. Kalau mengidam...kenalah masak sendiri. Style Kelantan agak gelap berbanding Tgganu sebab kami bubuh nise (gula melaka). Satu lagi Mek Iti tak suka letak bawang.....cuma letak halba je...oooh sedapnya. Bila tengok gambar ni...sutung berenang dalam kuah lemak berkolestrol, terliur lah pula...tak puas-puas makan!


Mak Yan pula, terlebih rajin juga...dimasaknya tepung bungkus utk Mek Iti berbuka. Terduduk Mek kekenyangan di malam raya.

Tengah malam, baru siap kuah kacang. Bertambah-tambahlah kolestrol dalam tubuh tembam Mek ni sebab ikut Style Kelantan , kuah kacang kami letak santan pekat. Ketupat nasi tak ada sebab kami orang Pantai timur tak reti nak mengayam daun kelapa...kami tanak nasi impit segera je.


Di pagi raya, ada tetamu datang (dari malam lagi dah ada yg melawat...seronoklah raya tahun ni). Mek Iti pun join tetamu makan sekenyang kenyangnya barulah ziarah saudara mara. Menyesal pula, kat rumah adik ada pelbagai juadah nasi dagang, mee goreng, nasi impit, air jagung, puding, buah...tapi haku jamah mee goreng yang sedap itu sikit je...dah terlalu kenyang kat rumah tadi.
Petang raya...adik hantar daging qurban...(Alhamdulillah...macam tau tau Mek tak berkorban tahun ni). Esok paginya, mek goreng daging style asam manis celagi. Lupa pula nak snap gambar. Masakan ni, menggunakan daging, hati dan 'barang' dalam yang lain dicampur air asam celagi , gula dan daun limau purut. Kalau guna daging sahaja kurang sedap. Mesti ada hati dan organ dalaman yang lain...barulah sedap meleleh air liur.

Kepada Far yang datang menziarah di hari raya, kami pula tak ada dirumah masa tu...Mohon maaf sesangat.
Kepada jiran kami Nur yang pemurah, terima kasih ....dapat daging kurban lagi hari ni. Mek nak masak kerutuk daginglah pula ;-).

Wednesday, November 10, 2010

Sabar itu sedap hasilnya

Salam. Mood rajin lah pula. Setelah bercuti lama....orang lain raya kita pula bercuti sakan...maklumlah 1 Malaysia. Musykil juga ya...Iklan kat TV cuma ada 2 je pasal raya Hindu...1 yg Petronas punya (we like) dan 1 lagi sambungan cerita raya kawen 1 Malaysia. Rancangan tv pun kurang dgn cerita Tamil dan Hindi.

Daripada memerah otak dok fikir benda yang tak de kena mengena dengan Sedap Snack....marilah kita bercerita pasal masak-masak.......

Dah nak dekat raya Qurban you all....seronok je ni :-). Kami masak serunding sempena raya haji ni......segala mak nenek serunding kami rancang nak buat...tapi baru 2 jenis yang siap ;-). Ya ler...dah 2 jenis yang kekawan tempah; serunding ikan dan serunding ikan bilis (paling banyak order ni...kami suka,kami suka,kami suka)
Mencebur diri dalam pembuatan serunding memerlukan kesabaran yang sangat tinggi adik-adik, puan-puan dan kekawan.
Ini segala campuran santan pekat, bawang, halia, gula garam dan ikan. Letak atas api yang perlahan (api kecil)
Dalam 3 jam lebih tunggu...baru nak pekat macam ni , tukar ke kuali pula sebab senang nak kacau.......paling mencabar ni...sebab kena sentiasa di kacau..... kalau malas nak mengacau..... dapatlah serunding pahit ;-).
Inilah hasil kesabarannya....... serunding ikan lemak manis yang sedap itu. Lebih 12 jam kat atas dapur...barulah jadi kering macam ni.

Saturday, November 6, 2010

Menyiapkan hamper pesta cahaya

Menyiapkan tempahan tergempar sehari sebelum raya Hindu......









Wednesday, October 27, 2010

Sedihnya,sedihnya

Sedih sungguh.
Bila cerita kat kawan....dia orang pun hairan....
"Apahal dia dengki sangat kat kau orang....you all ada gaduh dengan dia ke?" Itulah pertanyaan kekawan...
Noooo...kami tak gaduh dengan sesiapa pun. Kami masak...panggil jiran makan...sekali sekala siapkan tempahan. Banyak masa kami kat internet...so tak sempat nak gaduh-gaduh lah. Sampai sekarang kami masih kehairanan...kaya sangatkah kami sampai dia sakit hati dengki meroyan tu?. tapi bukan kami je yang diusiknya...ramai juga lah jiran-jiran mengadu.
Banyak betul masa dia pi mereport pasal bisness orang ...
Hak aih....ku sedekahkan Fatihah padanya agar mengurangkan kegiatan menzalimi kami dan jiran-jiran yang lain.
Amin.

Sunday, October 24, 2010

Nasi berlauk,telur dadar budu

Bangun tidur kelmarin, teringin pula nak makan nasi berlauk. Kalau duduk kat area Kg Baru, senang je nak cari kedai Kelantan. Kat area Hulu Klang ni, susah sikit nak cari yang sedap. Kalu dah kemaruk sangat, terpaksalah masak sendiri. Nak nasi berlauk yang sedap kenalah masak ikan ayer atau ikan tongkol.Dalam peti ais cuma ada ikan senangin dengan ikan merah. Hentam sajalah.
Bahan utama gulai darat ni adalah rempah biji, bawang merah dan lengkuas. Akak tak letak bawang putih, macam tak kena je rasanya. Kali ni akak guna rempah segera 'gulai darat' dari pasar besar nun di Kelantan sana. Sebenarnya ini kali pertama guna rempah darat segera. Selalunya akak gigih 'memblender' segala rempah biji. kali ni main campak je.

Dah siap gulai darat ikan merah, teringin nak tambah satu lagi lauk. Kat blog mat gebu http://tiffinbiru.blogspot/ ada telur dadar cencalok. Terus dapat idea buat telur dadar budu. Ini style oghe Kelate. Senang sangat nak buat ni;
1. 2 biji telur
2. 1 sudu besar budu
3. Sebiji bawang besar
4. Petai diracik halus
5. Secubit gula ( ini style oghe Pasir Mas utara).Telur akan lebih crunchy kalau tambah gula ni.
Pukul adunan telur, goreng garing. Pheh...wanginya!

Nasik berlauk ni akan 'kena' rasanya dengan sambal cuka. Cili merah dah abis, akak tumbuk cili padi hijau jelah....janji jadi ;-)

Nyum-nyum. Dah siap. Set lengkap 'Brunch' di hari minggu.

Thursday, October 21, 2010

Terima kasih klinik kesihatan AU2

Dah 2 minggu batuk berterusan selepas demam panas itu hari.
Mek Iti memang malas bab-bab nak ke hospital ni. Selalunya beli ubat kat Farmasi je.
Tahun ni, banyak kali pula diserang batuk. Ubat farmasi dah tak berkesan, barulah ke klinik jumpa doktor. Pengalaman ke klinik kerajaan adalah sewaktu kecil dan remaja sahaja. Selepas tu kami ke klinik swasta jer.... maklumlah company tolong bayarkan. Bila dah berhenti kerja....tetap nak klinik swasta juga.
Bila batuk masih tak baik.....Mak Yan paksa Mek Iti ke klinik. Kali ni ke klinik kerajaan pula. Hishh...tak naklah haku! Mau seharian kat sana. Doktornya pula mesti kerek...nak cepat je. Punyalah berprasangka buruknya haku!
Tapi semalam, gagahkan juga diri ke klinik. Cuba dulu ...mungkin dah berubah.
Kami ke Klinik Kesihatan AU2 dalam jam 11 pagi. Memang ramai orang. Mula-mula tu, bingung juga nak mendaftar. Paling happy, bayar seringgit je. Biar betul!
Tunggu punya tunggu...sampailah giliran jumpa Pegawai Perubatan, kena check darah pula...takut ada jangkitan kuman...batuk dah lama. Ambik darah, hantar makmal.Jumpa doktor semula, ambik ubat. Dalam pukul 1 petang semuanya siap.
Lepas ni..kalau demam sikit-sikit tu....kami nak pi lah klinik kerajaan. Tak de bezanya dengan Klinik swasta. Mungkin masa menunggu agak lama sikit...tapi servicenya hampir sama je dengan swasta. Kakitangan pun berhemah serta ramah.
Sebagai rakyat malaysia yang membayar cukai, rugi tak guna kemudahan yang disediakan percuma untuk kita.

Wednesday, October 20, 2010

Penunjuk Buku dan Kitab

Teringat masa kecil-kecil dulu, berlumba-lumba bergaya dengan penunjuk masa belajar mengaji quran. Kak Chik Mek Iti pakai penunjuk dari buluh je....tapi di raut cantik oleh seorang Mak Cik bisu. (semoga roh arwah bersama kalangan insan beriman). Mak Cik ni meraut buluh untuk dibuat bakul. Kebetulan rumahnya berhampiran dengan 'rumah' mengaji Quran kami. So, bebudak akan pi lah meminta tolong Mak Cik ni meraut lebihan buluh untuk dijadikan penunjuk.

Sekarang, penunjuk Quran kami lagi 'bergaya' ;-). Di buat dari kayu, hasil hutan negeri Pahang.


Penunjuk ni sesuai sangat untuk dibuat hadiah.

Tuesday, October 19, 2010

dari pasu ke pinggan

Inilah serba sedikit herba yang ditempatkan di kaki lima rumah kami. Kawasan apartment yang kecil, so bercucuk tanam dalam pasu dan diatur dikaki lima ajelah. Ada limau purut, kucai, daun, pudina, thyme(kami tak tau apa dalam bahasa melayunya),oregano dan yg tiada dalam gambar pula adalah daun kari, selasih,ulam raja, daun selom, pandan, misai kucing, mulberi, roselle termasuklah ubi kayu. Sayangnya pohon daun kesom dah mati! Tanah agak terhad, tapi kami tanam je...buat masa ni masih bernasib baik kerana building management belum complaint :-).
Pokok lengkuas dan daun kadok pun kami tanam pada kawasan yang sangat sempit...alhamdulillah menjadi pula pokok tu.

Sebenarnya kami nak cerita pasal masakan...tapi terbabas ke pohon tanaman pula.
Pernah tak mengalami keadaan yang tak tau nak masak apa! Rasanya semua pernah mengalami perkara yang sama. Buka je peti ais...tak de yang berkenan.

Suatu hari tu...Perut lapar,tapi malas nak kek kedai beli bahan. So,jengok-jengoklah tanaman kat pasu bunga tepi rumah. Dah 2 hari dok mengulang makan ulam raja. Hari ni, petik daun pudina dan kucailah pula. Yang ada kat dapur cuma telur dan lobak asin. Maka, goreng jelah bahan-bahan ni:

1. Lobak asin
2. Telur
3. Bawang Merah
4. Daun Kucai
5. Cili Kering
6. Garam secukup rasa

Dah siap, makan dengan nasi panas.
Sayur segar, jimat belanja ;-). Tak rugi berbudi pada tanah.



Monday, October 18, 2010

Melayan tempahan ketupat palas

Sepanjang bulan puasa syawal lepas, kami ada juga mengambil tempahan ketupat palas. Sebenarnya tak payah tunggu bulan syawal untuk menempah. InsyaAllah, kami akan layan tempahan sepanjang tahun...dengan syarat ada bekalan daun palas :-).

Ketupat sedang direbus, emmm masih terbau-bau lagi wangi lemaknya :-).

Harga kami adalah dari RM0.80 hingga RM1.20, bergantung pada saiz.

Orang kelantan suka makan ketupat palas lemak dengan air gula 'nise.
Tapi tak pernah lagi kami dapat tempahan macam tu ;-0. Yang selalu ditempah adalah bersama rendang ayam atau daging.

Harga rendang pulak bergantung pada berat timbangan. Harga dari RM35.

Wednesday, October 13, 2010

Kek Cekelat Cedap

Ada waktunya....semua benda tak menjadi. Resah gelisah dibuatnya. Nak ke Hulu Klang....tapi boleh sampai ke Sri Hartamas. Macam mana tu ?
Satu lagi yang buat geram, ada satu jenis kereta Japang tu... memang ***** pemandunya. Bukan satu kali terkena....banyak kali. Suka suki kepala hotak dia nak memotong. Rasa hebat sangatlah tu!
Okaylah... daripada dok meroyan tak tentu hala kat sini, baik kami share pasal masakan dari dapur kami.
Tadaaa...inilah dia kek cekelat yang selalu kami buat. Kek ini dibakar / kukus. Terpulang kepada kehendak penempah ;-).


Monday, October 4, 2010

Langkah ringkas buat Lasagna Sedap

Hari ni kami nak share langkah membuat Lasagna Sedap. Ringkas je resipinya, main campak-campak je :-).
Untuk Sos daging merah kami guna 1 kilo daging cincang Jenama Ramly Burger, Buah Tomato, Carrot, Bawang Kuning,bwg putih, Tomato paste, gula garam secukup rasa. Untuk menumis, kami guna minyak zaiton.
Untuk sos putih pula, 1 liter susu segar/full cream. Tumis 4 sudu tepung gandum dengan butter, masukkan susu,gula garam secukup rasa

Susun kepingan Lasagna (kami guna Jenama )San Remo berselang seli dengan sos.



Akhir sekali, tabur Mozarella Chesee. Bakar sampai masak.


Inilah hasilnya selepas dibakar......
emmm...nyum!nyum!


makan time ;-).